Mohd Aszerul bin Nizam

Mohamad Aszerul Nizam Abdullah (lahir pada 24 November 1980) atau lebih dikenali sebagai Beego merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model yang berketurunan Melayu - Jerman dari Malaysia.Kemunculan awal beliau di dunia persana seni apabila beliau menjadi ahli kumpulan penyanyi remaja di bawah KRU Records iaitu Phyne Ballerz pada tahun 2003. Lagu lagu seperti Vida, Jangan Pisahkan, Hasrat dan Monte Carlo berjaya menempatkan kumpulan remaja di hati peminat-peminat muzik balada cinta dan R&B.Salah satu drama lakonan Beego yang paling menaikkan namanya ialah Gitar Tua arahan Rashid Sibir pada tahun 2005 di samping pelakon Raja Azura dan Norlia Ghani. Drama hebat yang di siarkan di saluran Astro ini juga telah mendapat sambungan nya pada tahun 2006 di atas penerimaan hebat [perlu rujukan] daripada peminat drama-drama Melayu. Sejak dari lakonan berkesannya itu, nama Beego terus mendapat perhatian daripada pengarah-pengarah tersohor yang ingin mendapatkan khidmatnya. [perlu rujukan]Beego juga berlakon di dalam filem filem seperti Gila Gila Pengantin Remaja (2004), KL Menjerit 1 (2005), Senario Pemburu Emas Yamashita (2006) dan Libas (2011).

Mohd Aszerul bin Nizam

Pekerjaan Pelakon
Penyanyi
Model
Pasangan Linda Hashim ( berkahwin 2013 )
Intan Shahira Mohd Shahru (berkahwin 2008 - 2009)
Kelahiran Mohamad Aszerul Nizam Abdullah
(1980-11-24) 24 November 1980 (umurĀ 39)
Johor Bahru, Johor, Malaysia